Bagi pesara kerajaan, swasta, dan tentera, mendapatkan pinjaman peribadi selepas bersara boleh menjadi cabaran kerana tiada slip gaji tetap.

Namun, banyak bank dan institusi kewangan di Malaysia masih menawarkan pinjaman khas untuk pesara dengan syarat yang lebih fleksibel.

Mari kita lihat pinjaman untuk pesara bank mana yang menawarkan pakej terbaik, serta cara memohon pinjaman dengan mudah.

Kenapa pesara perlukan pinjaman?

Pesara mungkin memerlukan pinjaman peribadi untuk pelbagai tujuan, seperti:

  • Menyelesaikan hutang sedia ada (termasuk kad kredit dan pinjaman lain)
  • Keperluan kecemasan (kesihatan, rumah, kenderaan)
  • Modal untuk memulakan perniagaan kecil
  • Pembiayaan pendidikan anak atau cucu

Tetapi, adakah pesara layak memohon pinjaman peribadi? Mari kita lihat kelayakan dan pilihan yang ada.

Pinjaman peribadi terbaik untuk pesara di Malaysia

Nota

Kadar faedah dan had pinjaman di bawah adalah anggaran berdasarkan pakej yang pernah ditawarkan. Kadar bank sentiasa berubah — sahkan angka terkini terus dengan bank sebelum memohon.

Pinjaman Pesara Bank Rakyat

  • Kelayakan: Pesara kerajaan & swasta
  • Jumlah pinjaman: Sehingga RM100,000
  • Tempoh bayaran: Sehingga 10 tahun
  • Kadar faedah: Dari 4.54% setahun
  • Kaedah bayaran: Potongan pencen atau akaun bank
  • Kelebihan: Proses permohonan mudah dengan kadar faedah rendah

Pinjaman Pesara Maybank

  • Kelayakan: Pesara kerajaan & swasta
  • Jumlah pinjaman: Sehingga RM50,000
  • Tempoh bayaran: Sehingga 6 tahun
  • Kadar faedah: Bermula dari 6.5% setahun
  • Kaedah bayaran: Debit terus dari akaun pencen
  • Kelebihan: Proses kelulusan cepat untuk pemegang akaun Maybank

Pinjaman Pesara Bank Islam

  • Kelayakan: Pesara kerajaan
  • Jumlah pinjaman: Sehingga RM200,000
  • Tempoh bayaran: Sehingga 10 tahun
  • Kadar faedah: Serendah 4.99% setahun
  • Kaedah bayaran: Potongan pencen melalui Biro Perkhidmatan Angkasa
  • Kelebihan: Patuh syariah dengan konsep Murabahah Tawarruq

Pinjaman Peribadi Koperasi Tentera (untuk bekas tentera)

  • Kelayakan: Bekas anggota ATM (Angkatan Tentera Malaysia)
  • Jumlah pinjaman: Sehingga RM150,000
  • Tempoh bayaran: Sehingga 10 tahun
  • Kadar faedah: Serendah 5.5% setahun
  • Kaedah bayaran: Potongan pencen tentera
  • Kelebihan: Kadar tetap dan tiada caj tersembunyi

Cara mohon pinjaman untuk pesara

  1. Pilih bank atau institusi yang menawarkan pakej pinjaman sesuai dengan keperluan anda.
  2. Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan, seperti berumur 55 tahun ke atas (atau mengikut syarat bank), mempunyai pencen tetap setiap bulan, dan rekod kewangan bersih & skor kredit yang baik.
  3. Sediakan dokumen penting seperti salinan kad pengenalan, penyata pencen terbaru (3 bulan), penyata bank untuk bayaran pencen, dan surat lantikan pesara (jika diperlukan).
  4. Hantar permohonan di cawangan bank terdekat atau secara online melalui laman web rasmi bank.

Perkara Penting Sebelum Memohon Pinjaman

  • Semak kadar faedah & caj tersembunyi — pilih pinjaman dengan kadar faedah rendah.
  • Pastikan kemampuan bayar balik — jangan bebankan diri dengan pinjaman berlebihan.
  • Elak pinjaman tidak berlesen — jauhi along atau syarikat pinjaman yang tidak sah!

Jadi, pinjaman mana yang terbaik untuk pesara?

Pilihan pinjaman terbaik bergantung kepada keperluan anda:

  • Nak kadar faedah paling rendah? Bank Rakyat & Bank Islam terbaik.
  • Nak proses cepat? Maybank pilihan terbaik.
  • Bekas tentera? Koperasi Tentera ada pakej khas.
Tip

Sebelum mohon, semak skor kredit anda di CTOS untuk meningkatkan peluang kelulusan!

Soalan lazim tentang pinjaman pesara

Adakah pesara boleh mohon pinjaman jika tiada pencen tetap? Ya, tetapi kemungkinan lebih rendah. Anda boleh gunakan dokumen sokongan lain seperti pelaburan atau pendapatan pasif.

Adakah ada pinjaman tanpa cagaran untuk pesara? Ya, kebanyakan pinjaman pesara adalah tanpa cagaran, bergantung kepada kelayakan anda.

Bank mana paling mudah lulus untuk pesara? Maybank dan Bank Rakyat sering menawarkan kelulusan yang lebih cepat.